Friday, October 8, 2010

Bantuan Beras


—Majlis penyampaian sumbangan beras dari Ketua Pas Pulau Betong Tuan Haji Zulkifli Mat Lazim untuk semua penduduk bertempat di Masjid Raudah Pulau Betong

Sumbangan zakat


—Majlis penyampaian sumbangan zakat untuk kawasan Qariah Kampung Perlis, Kampung Terang, Kampung Genting dan Pulau Betong disempurnakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Tuan Yusmadi Yusof bertempat di Masjid Raudah Pulau Betong

Sumbangan dari kerajaan negeri


—Majlis penyampaian sumbangan dari kerajaan Negeri untuk kawasan Qariah Kampung Perlis, Kampung Terang, Kampung Genting dan Pulau Betong disempurnakan oleh Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng bertempat di Masjid Raudah Pulau Betong

Majlis Berbuka puasa

— Majlis berbuka puasa bertempat di Masjid Raudah dihadiri oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng. YB Yusmadi Yusuf, Speaker Halim Husin dan Tim. Ketua Menteri 1 YB Dr.Mansor Osman.

— Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedang memberi ucapan semasa program majlis berbuka puasa



Monday, September 20, 2010

Sejarah Kampung Pulau Betong.


Nama kampung diambil bersempena sebuah pulau yang terletak lebih dua batu nautika dari Pantai Batu Feringgi. Pulau ini dinamakan Pulau Betong kerana pada zaman dahulu banyak rakit berlabuh di pulau tersebut. Pada ketika itu, rakit merupakan satu-satunya alat pengangkutan bagi para pedagang yang membawa barangan mereka untuk dijual. Rakit yang mereka gunakan diperbuat daripada sejenis buluh yang dipanggil buluh betong. Kebetulan terdapat banyak buluh betong yang tumbuh di kawasan pulau tersebut. Maka, pulau tersebut dinamakan Pulau Betong.



Kewujudan Kampung Pulau Betong dianggarkan sebelum tahun 1300 kerana terdapat batu-batu nisan dan juga rumah-rumah lama yang masih kekal sehingga ke hari ini.