Friday, October 8, 2010
Bantuan Beras
Majlis penyampaian sumbangan beras dari Ketua Pas Pulau Betong Tuan Haji Zulkifli Mat Lazim untuk semua penduduk bertempat di Masjid Raudah Pulau Betong
Sumbangan zakat
Sumbangan dari kerajaan negeri
Majlis Berbuka puasa
Monday, September 20, 2010
Sejarah Kampung Pulau Betong.
Nama kampung diambil bersempena sebuah pulau yang terletak lebih dua batu nautika dari Pantai Batu Feringgi. Pulau ini dinamakan Pulau Betong kerana pada zaman dahulu banyak rakit berlabuh di pulau tersebut. Pada ketika itu, rakit merupakan satu-satunya alat pengangkutan bagi para pedagang yang membawa barangan mereka untuk dijual. Rakit yang mereka gunakan diperbuat daripada sejenis buluh yang dipanggil buluh betong. Kebetulan terdapat banyak buluh betong yang tumbuh di kawasan pulau tersebut. Maka, pulau tersebut dinamakan Pulau Betong.
Kewujudan Kampung Pulau Betong dianggarkan sebelum tahun 1300 kerana terdapat batu-batu nisan dan juga rumah-rumah lama yang masih kekal sehingga ke hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)